suria

Peraih Ikan Maut Ditembak Sejurus Keluar Dari Masjid

KOTA BAHARU: Seorang peraih ikan maut akibat ditembak sejurus keluar dari masjid selepas menunaikan solat Isyak di Cherang Ruku, Pasir Puteh, di sini malam Khamis.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, Zahari A Razak, 57, dari Kampung Pachakan, Jalan Semerak, Pasir Puteh, ditembak oleh seorang suspek bermotosikal ketika memandu keluar dari kawasan masjid, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Katanya suspek melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya mengenai bahagian belakang sebelah kiri badan mangsa, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BERNAMA

Artikel Lain