suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Ditahan Sertai Perhimpunan Depan Balai Polis Jinjang

KUALA LUMPUR: Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang di sini di mana aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.

Perhimpunan itu bermula pada kira-kira 8 malam, dan jalan masuk ke balai polis berkenaan ditutup.

Adam Adli, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Disember lepas.

Adam Adli menyertai beberapa badan bukan kerajaan antikerajaan mendesak satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lepas. - BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia