suria

Dr Mahathir Lawat Azizan

Dr Mahathir Mohamed bersama anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir melawat Azizan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di George Town, Sabtu. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang.

Bekas perdana menteri itu yang tiba di hospital pada kira-kira pukul 11.20 pagi Sabtu berkata, keadaan Azizan pada masa ini adalah stabil.

"Jantung dan tekanan darahnya berfungsi dengan baik," kata Dr Mahathir.

Beliau menambah, Azizan telah sedarkan diri tetapi diletakkan dalam keadaan koma bagi memastikannya tenang.

Dr Mahathir, yang ditemani oleh isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya Datuk Mukhriz Mahathir meninggalkan wad kira-kira 25 minit kemudian.

Artikel Lain