suria

Banjir Kilat Landa Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat pada petang Selasa menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama di ibu negara.

Beberapa kawasan yang terjejas termasuk Jalan Kinabalu, Jalan Duta dan Jalan Raja Chulan.

KM19 Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) juga ditenggelami air menyebabkan laluan kiri dan kanan jalan ditutupi buat sementara waktu.

Terowong Smart masih dibuka untuk kepada lalu lintas dari kedua-dua arah.

Artikel Lain