suria

Subra dan Isteri Selesai Buang Undi di Segamat

SEGAMAT: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam selesai membuang undi di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, disini pada pukul 9 pagi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Segamat hadir barsama isteri, Datin Seri Umarani Subramaniam.

"Hari ini nampaknya berjalan dengan lancar dan saya jangkakan proses pengundian akan selesai lebih awal sebelum pukul 5," ujarnya.

Turut mengundi di pusat mengundi tersebut ialah calon DUN Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

Terdapat 90 saluran mengundi di Parlimen Segamat iaitu di Buloh Kasap sebanyak 34 saluran dan Jementah pula 56 saluran.

Manakala, Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Jementah sebanyak 26 PDM dan Buloh Kasap 17 PDM.

Artikel Lain