suria

Pengeluaran Caruman Tidak Dibekukan - KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Jumaat mengulangi sekali lagi bahawa proses pengeluaran caruman masih berjalan seperti biasa di kesemua cawangannya.

"Ahli-ahli yang berminat melakukan pengeluaran boleh melakukannya," katanya, sambil menyatakan bahawa permohonan akan diproses mengikut kelayakan ahli-ahli tetapi bergantung kepada terma dan syarat bagi setiap skim pengeluaran.

Dana pencen negara Malaysia itu berkata demikian semasa mengulas khabar angin yang tersebar di dalam Internet mengenai pembekuan pengeluaran KWSP itu.

KWSP ingin menasihati ahli-ahlinya bahawa dakwaan itu tidak besar," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Artikel Lain