suria

Muhyiddin Lawat Kelantan Esok

KOTA BARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan sehari ke Kelantan pada Rabu dalam siri kempen menyuntik semangat jentera Barisan Nasional dan rakyat negeri ini memilih BN pada pilihan raya umum Ahad ini.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Muhyiddin dijangka merasmikan jambatan baru Kampung Manek Urai Baru, Kuala Krai berharga RM15 juta yang merupakan janji BN pada pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 2009.

Timbalan perdana menteri juga dijadual mengunjungi Sekolah Kebangsaan Gemang, Ayer Lanas di Jeli bagi menghadiri Program Himpunan Rakyat 1Malaysia.

Di sebelah petang, Muhyiddin akan menghadiri satu lagi Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bachok, selum berlepas pulang ke ibu negara.

Mustapa berkata pada pada kedua-dua majlis itu, Muhyiddin akan menyampaikan amanat penting kepada rakyat Kelantan. - BERNAMA

Artikel Lain