suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Orang Dipercayai Bekas Pengikut Al-Arqam Ditahan Jais

SEPANG: 13 individu dipercayai bekas pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin.

Mereka adalah antara 35 rakyat Malaysia yang diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.

"Mereka tiba di KLIA dari Jeddah kira-kira pukul 1 petang dan dibawa ke Jais, Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebas dengan syarat seorang penjamin bagi setiap orang," kata Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin ketika dihubungi.

Beliau berkata mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ketika ditahan, kami turut menemui bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah bersama mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain