suria

Pekerja Kontrak Maut Kereta Bertembung Lori

KUANTAN: Seorang pekerja kontrak terbunuh selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Km116.7 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Rompin pada Khamis.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa Mohd Ridhwan Mahat, 25, dari Bandar Tun Razak, Rompin mati di tempat kejadian dalam nahas 2.30 petang itu, ketika dia dalam perjalanan dari arah Segamat menuju Kuantan.

"Dipercayai lori terbabit yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba mengalami masalah brek sebelum hilang kawalan dan melanggar tebing di sebelah kanan jalan.

"Pada masa yang sama, mangsa yang dipercayai memandu laju semasa menuruni bukit cuba mengelak namun gagal sebelum melanggar lori berkenaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat. - BERNAMA

Artikel Lain