PM Minta Jentera P/Raya BN Galas Tanggungjawab Tawan Lima Negeri Pembangkang - Semasa | mStar

PM Minta Jentera P/Raya BN Galas Tanggungjawab Tawan Lima Negeri Pembangkang

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memastikan parti gabungan itu menawan kembali lima negeri pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Perdana Menteri berkata jentera parti perlu mengekalkan momentum kerja keras yang dilakukannya kini sehingga hari mengundi bagi memastikan rakyat terus memilih BN pada PRU13.

"Kali ini kita galas tanggungjawab berat kerana perlu pastikan BN terus memerintah negara ini.

"Kita mesti elak keputusan yang menyebabkan BN tidak pulih dari PRU 2008. Ini ujian paling besar dan inilah kemuncaknya. Jadi jangan kita rosakkan kerana ini masanya untuk kerja bersunggguh-sungguh dan tersusun serta meneruskan perjuangan kita," katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Sri Damai di sini, malam Khamis.

Najib, yang juga Pengerusi BN, diiringi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud.

Selain itu, Najib berkata peringkat akar umbi BN juga harus memberi sokongan padu sekiranya mahu sebuah kerajaan yang kuat.

"Keputusan PRU ada kaitan dengan kedudukan kepimpinan negara. Kalau nak kerajaan yang kuat kepimpinannya, itu mesti disokong peringkat akar umbi.

"Justeru saya mahu jentera meneruskan kerja kuat kerana ia membabitkan imej negara dan parti...ini bukan soal saya tapi maruah parti dan kerajaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain