Najib Mulakan Kempen PRU-13 Di Seluruh Negara, Selangor Jadi Lokasi Pertama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin memulakan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di seluruh negara, dengan mengunjungi beberapa kawasan Parlimen di Selangor, dalam program yang padat.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), memulakan kempennya dengan bertemu penduduk di Bandar Baru Selayang dalam kawasan Parlimen Selayang, pada 10 pagi.

Bergerak menggunakan bas khas tertera kata-kata inspirasi "Menepati Janji Membawa Harapan", Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, mengunjungi Taman Greenwood di kawasan Parlimen Gombak.

Beliau kemudiannya ke Taman Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja pada tengah hari selain meluangkan masa melawat kawasan Parlimen Shah Alam.

Perdana Menteri mengakhiri kempen lebih 14 jam itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Buloh, dalam kawasan Parlimen Subang, malam Isnin.

Najib yang mengetuai BN buat pertama kali pada pilihan raya umum, meluangkan masa pada hujung minggu di Pekan selepas mengemukakan borang pencalonan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.

Pada Selasa, Perdana Menteri akan terbang ke Sabah untuk melakukan kunjungan dua hari, bergerak dari selatan dari Kuala Penyu dalam kawasan Parlimen Beaufort, ke Papar dan kawasan Parlimen Kota Belud sebelum ke Kota Kinabalu.

Ia merupakan program sehari yang padat, untuk menemui rakyat.

Pada Rabu, Najib dijadual mengunjungi kawasan Parlimen Tenom, Keningau dan Ranau sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia