suria

Ucapan TPM Tergendala Hujan Lebat

PAGOH: Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan pelancaran kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Taman Pagoh Jaya, pada Ahad tergendala dua kali kerana hujan lebat sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Keadaan itu membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhenti berucap ketika pukul 11.30 pagi , terpaksa disambung semula pukul 11.45 pagi dalam keadaan angin kencang dan hujan lebat.

"Ini adalah sesuatu yang luar biasa (perasmian dalam hujan lebat), tapi ini rahmat untuk UTHM.

"Ini adalah satu cabaran awal dalam usaha menjadikan universiti yang cemerlang," katanya selepas menyambung semula ucapan.

Artikel Lain