suria

Karpal Beri 24 Jam Kepada Sim, Lee Tarik Diri Calon Bebas

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi tempoh 24 jam kepada Sim Tong Him dan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee untuk meminta maaf secara terbuka dan menarik diri sebagai calon Bebas.

"Parti ini tidak teragak-agak untuk memecat sesiapa yang melakukan pembelotan terhadap parti.

"Namun saya memberi mereka tempoh 24 jam untuk meminta maaf secara terbuka dan mengisytiharkan bahawa mereka menarik diri sebagai calon Bebas.

"Apa yang mereka lakukan mungkin dipengaruhi emosi tetapi ia tidak dapat dimaafkan," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Sim merupakan penyandang Parlimen Kota Melaka tetapi beliau turut mengemukakan borang pencalonan sebagai calon Bebas di kerusi DUN Kota Laksamana di Melaka.

Lee tidak terpilih sebagai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini tetapi beliau turut mengemukakan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi DUN Teratai sebagai calon Bebas di Selangor.

Artikel Lain