suria

PRU-13: DAP, PKR Masih Belum Selesai Pembahagian Kerusi di Johor

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
 Penasihat DAP, Lim Kit Siang
Penasihat DAP, Lim Kit Siang

JOHOR BARU: Persaigan merebut kerusi antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum berakhir kerana kedua-dua parti masih membisu mengenai senarai calon mereka yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Kerusi berkenaan akan kita umumkan bila tiba masanya," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media di pejabat DAP Gelang Patah pada Ahad.

Ketika ditanya penangguhan pengumuman itu disebabkan oleh pertindihan kerusi dengan PKR, Kit Siang cuba berdolak dalik dengan memberikan jawapan yang sama.

"Beri kita sedikit privasi. Kita akan umumkan bila tiba masanya," katanya.

Pada Sabtu, PAS memperkenalkan senarai penuh calon mereka dan mengesahkan akan bertanding di 30 daripada 50 kerusi Dun dan lapan daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

Artikel Lain