suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zuraida Akui Perebutan Kerusi Belum Selesai Antara PKR-PSM

PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui perebutan kerusi antara parti itu dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum selesai.

Beliau berkata antara kerusi berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Kota Damansara di Selangor, dan kerusi Parlimen Sungai Siput di Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini Isnin.

Kesemua kerusi tersebut ditandingi PSM pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

PSM baru-baru ini dilaporkan bertegas untuk bertanding di kerusi berkenaan dengan menggunakan lambang partinya sendiri pada pilihan raya umum ke-13.

Pada Ahad, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramahnya di AU2 Keramat di sini mengumumkan Hamidi A Hassan calon parti itu untuk kerusi DU NSemenyih, manakala kerusi Kota Damansara masih dalam perbincangan dengan PSM.

Jika PSM dan PKR gagal mencapai kata sepakat, kemungkinan DUN Semenyih akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara PSM, PKR dan Barisan Nasional (BN) pada pengundian 5 Mei.

Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan ketika dihubungi berkata parti itu akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum nanti, malam Isnin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu pengagihan kerusi antara partinya dan PKR. - BERNAMA

Artikel Lain