suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

44 Rakyat Myanmar Ditahan Di Kawasan Sawah Di Kuala Perlis

KANGAR: Empat puluh empat rakyat Myanmar ditahan di kawasan sawah berhampiran sebuah bukit di Kuala Perlis awal pagi Sabtu.

Kesemua mereka yang terdiri dari 32 lelaki dan 12 wanita ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ketika berkeliaran di kawasan sawah itu pada pukul 3.30 pagi.

Komander UPP kawasan Kuala Perlis Insp Azizan Saman berkata kesemua mereka dipercayai memasuki negara ini dengan berjalan kaki dari sempadan Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka yang berumur antara tiga dan 40 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Azizan berkata kesemua rakyat asing itu diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain