PRU13: Calon Kalah PRU 2008 Dipertimbangkan - PM - Semasa | mStar

PRU13: Calon Kalah PRU 2008 Dipertimbangkan - PM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum 2008 berpeluang untuk dipertimbangkan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika calon itu kalah pada 2008 tetapi dia masih bekerja kuat untuk parti dan diterima masyarakat maka dia masih ada peluang untuk dipertimbangkan.

"Maknanya kita tak kata semua calon kalah tak boleh bertanding...kita ambil kira prospek pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama pimpinan tertinggi BN setiap negeri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Najib berkata, matlamat utama parti pada pilihan raya kali ini adalah proses ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

"Jika semua ahli komponen faham mengapa pilihan raya diadakan, maka tiada pertimbangan lain akan diambil kira.

"Mahu tidak mahu kita harus menubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh penamaan calin dan hari mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu, Perdana Menteri berkata; "Itu keputusan SPR, kita terima.

"Maknanya, dia (SPR) cuba buat keputusan yang mencerminkan proses demokrasi yang sihat di Malaysia," katanya.

SPR menetapkan hari pengundian PRU-13 pada 5 Mei, manakala hari penamaan calon pada 20 April.

Artikel Sebelum

PRU-13: BN Siap Sedia Umum Calon

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut