UMNO Saman Tian Chua Berhubung Artikel Dalam Portal KeadilanDaily.Com

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Mac lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Rosilah Yop di dalam kamarnya.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Ab. Rauf memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 23 April ini untuk Tian Chua memfailkan pembelaan dan tarikh yang sama ditetapkan untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab Rauf mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa Umno merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya akan datang di negeri Sabah dan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu selain mendakwa Umno adalah pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata notis tuntutan bertarikh 4 Mac lepas telah dihantar kepada Tian Chua supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah itu, tetapi Tian Chua tidak memberikan jawapannya.

Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Ab Rauf mendakwa reputasi Umno terjejas kerana kes pencerobohan di Lahad Datu melibatkan kedaulatan negara yang juga merupakan isu sensitif kerana mengakibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap negeri Sabah yang telah diisytiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.

Ab Rauf memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan kenyataan fitnah itu terhadapnya sama ada secara lisan, media cetak atau internet.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain- lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.- BERNAMA

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain