Penjawat Awam Bakal Nikmati PPA1M Tidak Lama Lagi - Semasa | mStar

Penjawat Awam Bakal Nikmati PPA1M Tidak Lama Lagi

 Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa

JOHOR BARU: Penjawat awam bakal menikmati Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) , berasaskan skim perumahan mampu milik yang di bina di tanah milik kerajaan, harga yang ditawarkan adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata projek perintis akan dimulakan dengan membina 10,000 unit rumah di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

“Kita akan mencari tanah milik kerajaan yang terletak di kawasan bandar lain, termasuk Johor Baru, untuk tujuan yang sama,” katanya ketika berucap pada sesi pertemuaan bersama Penjawat Awam di Pusat Islam Johor Baru di sini pada Selasa.

Pelancaran PPA1M adalah bagi membantu penjawat awam berpendapatan rendah membeli rumah di kawasan bandar, yang telah melambung tinggi yang menyebabkan mereka tidak mampu membelinya.

“Harga rumah mampu milik yang akan ditawarkan adalah bermula daripada RM150,000 hingga 300,000, dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, serta akan dilengkapi dengan kemudahan asas,” kata Ali.

Beliau berharap inisiatif tersebut dapat meringankan beban penjawat awam yang telah memberikan khidmat terbaik mereka dan akan menjadi pendorong agar mereka dapat dengan lebih kuat lagi.

Mengenai nasib kira-kira 50, 000 pekerja kontrak di bawah Jabatan Integrasi dan Perpaduan Nasional, yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak mereka hingga 31 Disember tahun hadapan.

Pada masa ini, kajian menyeluruh akan dijalankan mengenai tugas mereka oleh sebuah jawatankuasa dan hasilnya akan dibentangkan di Kabinet. – BERNAMA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain