suria

Pelaburan RM400 Juta Dari China Tunjuk Keyakinan Terhadap Kerajaan

BATU GAJAH: Penubuhan Kompleks Kemudahan Membina Keretapi dan Lokomotif berjumlah RM400 juta di sini menunjukkan keyakinan China Southern Rail (CSR) yang berpangkalan di China terhadap Kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaburan oleh CRS di sini untuk projek berkenaan menunjukkan komitmen jangka panjang untuk bekerjasama dengan Kerajaan.

“Pelaburan ini tidak akan berlaku dengan sendiri.

“Ia dapat direalisasikan menerusi dasar transformasi negara oleh Kerajaan dan dengan perancangan yang terancang,” katanya pada majlis pecah tanah bagi pembangunan projek teknologi dan kejuruteraan landasan kereta api di sini, Selasa.

“Projek-projek ini tidak akan membuahkan hasil tanpa dasar transformasi yang baik,” katanya.

Najib juga berkata, kerjasama dengan CSR juga mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Hubungan diplomatik telah bermula sejak zaman ayah saya,” katanya.

“Hubungan ini terus berkembang semakin kukuh,” katanya sambil menambah bahawa China merupakan rakan dagangan Malaysia yang terbesar.

Artikel Berikut

Artikel Lain