MCA Serah Kerusi DUN Tronoh Kepada MIC - Semasa | mStar

MCA Serah Kerusi DUN Tronoh Kepada MIC

GOPENG: MCA telah memberi laluan kepada MIC untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, katanya, dilakukan demi semangat perkongsian kuasa di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan tiada syarat dikenakan.

Dr Chua berkata, beliau berharap masyarakat India akan menghargai semangat MCA dengan memberikan sepenuh sokongan kepada parti dan BN di kerusi-kerusi lain.

Kira-kira 13 % pengundi di Perak terdiri daripada masyarakat India.

Dr Chua turut mengesahkan bahawa MCA akan bertukar kerusi DUN Buntong dengan MIC di kerusi DUN Sungkai pada PRU-13.

Bilangan pengundi Cina di Sungkai adalah kira-kira 55%, manakala pengundi India di Buntong seramai 45%.

Dr Chua berkata, beliau mengadakan perbincangan secara mendalam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pertukaran itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain