Samy Vellu Bukan Calon MIC- Palanivel - Semasa | mStar

Samy Vellu Bukan Calon MIC- Palanivel

Samy Vellu
Samy Vellu

PETALING JAYA: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu digugurkan sebagai calon untuk sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diagihkan kepada parti itu.

Presidennya, Datuk Seri G.Palanivel berkata walaupun parti masih belum memuktamadkan senarai calon untuk semua kerusi, Samy Vellu bukan salah seorang daripada calon tersebut.

Beliau, bagaimanapun berkata Samy Vellu telah bekerja keras di Sungai Siput, kerusi Parlimen di mana beliau tewas kepada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar pada pilihan raya umum 2008.

"Beliau tidak akan menjadi calon.

"Ia bukan hak media untuk membuat spekulasi bahawa beliau akan menjadi calon," kata Palanivel.

Terdahulu, Samy Vellu dipetik oleh portal online sebagai berkata mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang untuk kerusi Sungai Siput, sekiranya beliau dipilih bertanding di situ.

Artikel Berkaitan

default image

Pencalonan Negeri Kelantan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain