suria

Kenyataan Guan Eng Jenaka Terbesar PRU - Teng

GEORGE TOWN: Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa beliau telah ditipu oleh Teng sebagai jenaka terbesar pilihan raya umum.

"Saya berasa simpati untuk beliau. Lebih-lebih lagi DAP," kata Teng, Selasa.

Teng menegaskan sebagai seorang pemimpin yang mendakwa dirinya untuk semua kaum, Lim perlu menyahut cabaran untuk bertanding kerusi di kawasan campuran pelbagai kaum.

"Bagaimana boleh beliau awal-awal mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Malaysia jika beliau enggan menghadapi saya untuk bertanding di kerusi kawasan campuran?" soal Teng pada sidang akhbar di ibu pejabat BN negeri di sini.

Terdahulu pada awal Selasa, Guan Eng telah menarik balik keputusan untuk bertanding menentang Teng dengan berkata beliau telah ditipu.

Lim berkata beliau cukup maklum dengan "permainan politik" yang dimainkan oleh Teng dan tidak akan melayan syarat-syarat yang ditetapkannya.

"Saya telah ditipu oleh beliau (Teng) selepas menerima syarat tidak masuk akal beliau untuk tidak bertanding kerusi Parlimen dan hanya bertanding untuk kerusi DUN," kata Guang Eng.

Sementara itu, Teng juga mendedahkan bahawa senarai calon BN negeri sudah siap.

"Tiada perubahan dari segi peruntukan kerusi di kalangan parti komponen kecuali berlaku pertukaran mana-mana kerusi pada saat akhir," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain