Editor Perunding Akhbar The Sun Zainon Ahmad Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Editor Perunding Akhbar The Sun Zainon Ahmad Meninggal Dunia

 Zainon Ahmad
Zainon Ahmad

KOTA BAHARU: Editor perunding akhbar The Sun, Zainon Ahmad, 70, meninggal dunia pada Rabu akibat kanser hati. Menurut anak ketiganya, Zuhailawati, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.25 petang ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada ketika berada di rumahnya di Jalan Bayam di sini, pada pukul 1 pagi Selasa.

Pengarah HRPZII Datuk Dr Mohd Ghazali Hasni Mat Hassan mengesahkan Zainon meninggal dunia di Wad Rawatan Rapi Temenggung pada pukul 2.25 petang ini.

Berada di sisi Allahyarham ialah isterinya Hasnah Abdullah, 65, dan tiga anaknya. Menurut Zuhailawati, jenazah bapanya akan dibawa ke rumah mereka di Jalan Bayam di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Baharu, esok.

Zuhailawati berkata bapanya sudah lama menghidap kanser hati dan penyakit berkenaan mula serius sejak Oktober lepas. Beliau berkata sebelum ini bapanya menerima rawatan di sebuah pusat rawatan swasta di Subang Jaya, Selangor.

Zainon yang pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan 35 tahun dulu merupakan Penolong Editor Kumpulan akhbar The New Straits Times. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang akhbar The Sun pada 2002.

Beliau yang sering diundang untuk berucap mengenai peranan media dalam persidangan tempatan dan antarabangsa turut aktif dalam pelbagai program latihan untuk wartawan muda di dalam dan luar negara.

Beliau pernah memenangi Media Personality Award pada 2010. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya.

Beliau pernah belajar mengenai pengurusan akhbar di Thomson Foundation, London dan menjadi felo di Fletcher School of Law and Diplomacy, Tuft University, Boston, Amerika Syarikat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain