Khalid Jamin Keadaan Selamat, Penduduk Kembara Sakti Boleh Kembali Ke Rumah - Semasa | mStar

Khalid Jamin Keadaan Selamat, Penduduk Kembara Sakti Boleh Kembali Ke Rumah

LAHAD DATU: Kira-kira 1,000 penduduk kampung Kembara Sakti kembali ke rumah masing-masing selepas pasukan keselamatan memberi jaminan bahawa kawasan perkampungan mereka selamat.

Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melawat kawasan itu hari ini dan menjelaskan kepada penduduk terlibat bahawa dakwaan terdapat anggota militan memasuki kampung itu adalah tidak benar.

Beliau berkata penduduk mungkin tidak mendapat maklumat sebenar dan terus salah sangka serta menyampaikan cerita kepada penduduk lain.

"Itulah tujuan saya datang ke sini untuk beritahu keadaan selamat. Apa jua khabar angin yang disebarkan itu tidak benar. "Baliklah. Kami (pasukan keselamatan) ada di sini kan. Jangan takut, tiada apa-apa," katanya dalam dialek Sabah bagi memujuk mereka pulang dan beliau turut memberi jaminan akan menempatkan anggota keselamatan di kawasan itu. Pengumuman Khalid itu disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh penduduk kampung yang berpindah ke Sekolah Agama Rakyat sebagai langkah keselamatan apabila mendengar cerita seorang suri rumah diikat kedua-dua tangan dan kaki oleh empat anggota pengganas yang memasuki rumahnya untuk mencari makanan.

Rata-rata penduduk menjerit gembira sambil memeluk anggota keluarga dan rakan-rakan dan antara ungkapan yang boleh didengar ialah "syukur boleh pulang," "kami boleh mandi", "inilah yang ditunggu-tunggu".

Sementara itu Pengurus Felda Sahabat 43 dan ketua kampung Kembara Sakti Ramlan Junit berkata penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing kira-kira pukul 2 petang. Mereka turut diminta mendengar arahan yang diberi dalam mengekalkan keamanan di kawasan itu, katanya.

Seorang penduduk Amir Abdul Hamid, 50, berkata penduduk yang sebelum ini enggan pulang ke rumah kerana takut, kini bersemangat dan lebih yakin apabila orang penting dalam pasukan keselamatan sendiri membuat pengumuman di hadapan mereka. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain