Tindakan Anggota PAS Mahu Tanding Calon Bebas Boleh Pecah Belahkan Pembangkang - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Tindakan seorang anggota PAS yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), di samping calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.

"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang PAS. Kawasan yang diberi kepada PAS tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada PAS tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian pada Ahad melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan ADUN Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota PAS di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di DUN itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga PAS dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon PAS, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di DUN Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

DUN Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong PAS. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan Allah hujah yang boleh diterima," katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain