72 Ahli & Penyokong PAS di Alor Setar Sertai Umno - Semasa | mStar

72 Ahli & Penyokong PAS di Alor Setar Sertai Umno

ALOR SETAR: Keikhlasan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu menyelesaikan masalah rakyat membuka hati 72 anggota dan penyokong PAS Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu di sini, menyertai Umno.

Kata mereka kegagalan PAS dan pemimpinnya membantu mereka selain terlalu taksub untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 sehingga mengabaikan pelbagai isu lain yang berkaitan Islam menyebabkan mereka tawar hati terhadap parti itu.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali menganiaya rakyat namun terpulang kepada individu untuk berfikir dan menilai niat baik kerajaan BN," kata wakil mereka, Ahmad Man kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau bersama yang lain sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Anggota Parlimen Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Penduduk taman pernah memohon bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim namun sehingga hari ini tiada apapun disumbangkan kerajaan negeri," katanya. Menurut Ahmad, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu yang juga exco kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh juga tidak pernah melawat kawasan mereka apatah lagi menunaikan janji semasa pilihan raya terdahulu.

Bagi anggota PAS seumur hidup, Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 32, beliau sedih dengan sikap pemimpin PAS yang gagal membela isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan juga Kolej Universiti Insaniah.

"Kelemahan PAS ini menyebabkan saya hilang keyakinan kemampuan pemimpin-pemimpinnya termasuk di peringkat pusat membela kepentingan umat Islam," katanya menambah mereka akan membantu Umno merampas kembali Kedah daripada pembangkang.

Mohd Ridzuan juga tidak gentar berhadapan tindakan pulau oleh anggota PAS lain.

Sementara itu Ahmad Bashah berkata tindakan bekas anggota dan penyokong PAS keluar parti bukan gimik yang direka oleh Umno.

"Umno tidak terlibat dalam kes ini. Ia adalah kemahuan mereka. Kita akan bantu mereka cawangan Umno Taman Tunku Yaakob dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

291 Anggota Tinggalkan PKR, Sertai BN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain