suria

Dua Pemuda Nyaris Maut Pokok Timpa Rumah Akibat Ribut

Dua pemuda nyaris maut apabila sebatang pokok besar tumbang dan menimpa bumbung rumah mereka di Taman Tiram, Lunas ketika ribut kuat melanda beberapa kawasan sekitarnya lewat petang Sabtu. -Foto BERNAMA

KULIM: Dua pemuda nyaris maut apabila sebatang pokok besar menimpa rumah mereka di Taman Tiram, Lunas, dekat sini manakala lebih 200 buah rumah lagi rosak akibat ribut kuat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata Abdul Amar Ahmad, 23, dan Azri Abdul Rahim, 23, pekerja sebuah kilang di Kulim Hi-Tech Park yang berada di dalam rumah sewa mereka ketika kejadian, hanya mengalami calar-calar.

Katanya dalam kejadian terbaru pukul 2.30 petang ini, ribut kencang melanda Lunas dan merosakkan lebih 40 rumah setelah lebih 200 rumah rosak di Kulim, Lunas, Sungai Kob, Karangan dan Sungai Ular rosak dalam kejadian petang Jumaat.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati petugas Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bekerja keras memotong dan membersihkan pokok yang tumbang. "Polis bagaimanapun tidak dapat menaksirkan nilai kerugian yang dialami pemilik rumah terbabit dalam kejadian terbaru petang ini," kata Ghuzlan kepada Bernama.

Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung dan Penyelaras DU NLunas, S. Ananthan bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, Rohana Yusuf yang melawat mangsa ribut sejak semalam telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan.

Rohana berkata 10 petugas JKM dijangka selesai membuat bancian esok sebelum bantuan membaiki rumah dapat disalurkan kepada mereka.

Ananthan dan Tung Leong pula memberi jaminan akan menghulurkan bantuan kepada mangsa terbabit secepat mungkin. -BERNAMA

Artikel Lain