'Saya Serah Keputusan Kerusi Parlimen Kota Tinggi Kepada PM' - Syed Hamid - Semasa | mStar

'Saya Serah Keputusan Kerusi Parlimen Kota Tinggi Kepada PM' - Syed Hamid

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyerahkan keputusan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai sama ada beliau akan dicalonkan semula atau tidak untuk kerusi Parlimen Kota Tinggi.

Syed Hamid berkata, beliau tiada menyuarakan mengenai kesediaan untuk tidak bertanding semula pada kerusi Parlimen Kota Tinggi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak menyuarakan pandangan itu," katanya kepada pemberita yang ditemui selepas sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara SPAD dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) di sini, Jumaat.

Syed Hamid mengulas mengenai beliau dilaporkan sebagai antara pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Akhbar The Star pada Selasa melaporkan bahawa BN akan menggugurkan sekurang-kurangnya 40% calon veteran pada PRU-13 nanti untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.

Selain itu, terdapat pemimpin veteran yang dikatakan menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain