suria

Shahril Ridza Ridzuan Dilantik Sebagai CEO Baru KWSP

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan melantik Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru untuk tempoh dua tahun mulai 16 April.

Shahril menggantikan Tan Sri Azlan Zainol yang memegang jawatan berkenaan sejak 16 April 2001.

Sebelum pelantikan beliau, Shahril merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan KWSP sejak 2009.

Shahril juga merupakan bekas Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, KWSP yakin Shahril akan dapat membawa kumpulan berkenaan mencapai kecemerlangan prestasi.

Samsudin berkata, Azlan telah memberikan komitmen yang tinggi dengan menggabungkan strategi diversifikasi melalui meningkatkan portfolio pelaburan dalam ekuiti, beralih daripada pendekatan konvensional.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, KWSP memulakan pelaburan di luar negara sebagai salah satu daripada strategi diversifikasinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hasilnya, prestasi pelaburan KWSP menunjukkan kemajuan yang konsisten walaupun terdapat pelbagai cabaran luaran, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain