suria

Tiga Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Terbakar Di Jalan Ipoh

KUALA LUMPUR: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kolam Air 4, Kasipillay, Off Jalan Ipoh, di sini musnah dijilat api tengah hari Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12.24 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

"Semasa kejadian, penghuni ketiga-tiga rumah itu tiada di rumah dan kebakaran di sedari oleh jiran mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Zahari berkata 24 anggota dari balai Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya memadamkan kebakaran dan mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran 26 minit kemudian.

Katanya tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain