Kerjasama Dua Kementerian Mudahkan Program 1MFC Sampai Kepada Golongan Sasar - PM - Semasa | mStar

Kerjasama Dua Kementerian Mudahkan Program 1MFC Sampai Kepada Golongan Sasar - PM

SABAK BERNAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata program 1Malaysia Family Care (1MFC) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan memudahkan lagi penyampaian bantuan dan perkhidmatan kepada golongan sasar secara menyeluruh.

Program yang membabitkan penyertaan sukarelawan itu menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan dan khidmat sosial kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan juga orang kurang upaya di seluruh negara, kata Najib pada majlis pelancaran program 1MFC di sini.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tindakan bersepadu antara dua kementerian itu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan juga dapat menyampaikan perkhidmatan dengan perbelanjaan yang lebih minimum berbanding jika program seperti itu dilaksanakan secara berasingan oleh kementerian masing-masing.

"Apa yang kita lakukan kepada rakyat melalui program 1MFC merupakan satu program pelengkap kepada usaha-usaha yang kita ingin lakukan supaya rakyat di dalam negara kita akan bertambah sejahtera dan kemakmuran negara akan terus kita tingkatkan," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan menyeluruh bukannya hanya satu dimensi terhadap dasarnya kerana kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara mempunyai banyak dimensi yang perlu diberi perhatian berat termasuk kesihatan.

Najib berkata individu-individu juga perlu memberi perhatian kepada kesihatan kerana badan yang sihat adalah rahmat yang besar.

Beliau berkata jika harta bertimbun sekalipun tetapi badan tidak sihat dan perlu berpantang makan tidak ada maknanya.

"Soal kesihatan ini bukan sahaja berkisar kepada golongan kaya kerana pesawah padi yang berumur dan jarang turun ke bendang boleh juga kena kencing manis jika mereka masih makan tiga pinggan nasi setiap kali makan walaupun tidak lagi membanting tulang di bendang.

"Kencing manis kalau tidak dirawat mungkin kaki sebelah kena potong, badan lemah, semua lemah," kata beliau.

Beliau berkata rakyat perlu mengutamakan kesihatan dan kerana itu kerajaan melancarkan program 1MFC supaya rakyat Malaysia akan bertambah sihat.

Artikel Berikut

Ku Li Nafi Ditawar Jadi PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain