Malaysia Pertahan Hak Wanita - PM - Semasa | mStar

Malaysia Pertahan Hak Wanita - PM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan sentiasa mempertahan hak wanita di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bersempana sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 pada Jumaat, Najib mengambil peluang untuk menyatakan harapan dan rasa syukur terhadap wanita, menerusi tweet terbarunya.

"Hari ini, kita merayakan yang kukuh, ehsan dan membelai. Saya bangga mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah pejuang hak mereka (wanita)," kata Najib.

Hari Wanita Antarabangsa disambut bagi merayakan pencapaian wanita di bidang ekonomi, politik dan sosial pada masa lampau, kini dan akan datang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...