Pekerja Ladang Warga Malaysia Maut Dalam Banjir Di Queensland - Semasa | mStar

Pekerja Ladang Warga Malaysia Maut Dalam Banjir Di Queensland

MELBOURNE: Seorang warga Malaysia dan seorang warga Taiwan yang memandu berasingan masing-masing menuju ke sebuah ladang jagung di Queensland, maut selepas kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai yang melimpah di Lockyer Valley, awal pagi Ahad.

Andrew Leong, 34, dari Subang Jaya, Selangor dan Pan Yukun, 25, dari Taiwan memandu melintasi Sandy Creek berhampiran Gatton, beberapa minit sebelum anak sungai itu melimpah, dalam tragedi berganda yang menjadikan jumlah kematian kepada enam orang, akibat banjir di Queensland.

Mayat Leong ditemui di dalam keretanya selepas ditarik keluar dari Sandy Creek, menurut laporan akhbar The Australian.

Inspektor Polis Queensland Richard Kroon berkata tidak dapat dipastikan sama ada kereta itu dipandu berturutan, atau sama ada kedua-dua kenderaan itu memasuki anak sungai itu pada waktu berbeza, namun pemandunya gagal menyedari bahaya sehinggalah keadaan sudah terlambat.

Kroon memberitahu akhbar berkenaan tambak itu terkenal sebagai kawasan banjir kilat, yang memang dimaklumi penduduk setempat, namun mungkin tidak kepada pekerja asing yang menuruni kawasan itu untuk memetik buah-buahan dan sayur-sayuran.

"Aliran air di situ agak deras," katanya. "Saya rasa ini mungkin andaian yang munasabah, bahawa mereka yang tidak biasa dengan kawasan ini, mungkin akan berdepan satu kejutan.

"Hujung minggu lepas, hujan lebat mencurah-curah membasahi Lockyer Valley, mengingatkan penduduk setempat kepada banjir besar yang melanda wilayah ini pada pada Januari 2011, mengorbankan 19 orang," katanya.

Dalam tempoh 10 jam sebelum Leong dan Yukun memulakan perjalanan masing-masing, Sandy Creek, anak sungai yang lazimnya tenang dan aman dengan aliran air perlahan, tiba-tiba meningkat hingga ke paras 3.2m. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelajar UiTM Ditemui Lemas Di Chendering

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain