Ganjaran RM60,000 Untuk Maklumat Kes Kematian William - Semasa | mStar

Ganjaran RM60,000 Untuk Maklumat Kes Kematian William

KUALA LUMPUR: Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, Isnin.

Polis pada Isnin mengesahkan laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain