suria

“Di Mana Anak Kecil Kami William?”

William Yau Zhen Zhong
William Yau Zhen Zhong
William Yau Zhen Zhong

PETALING JAYA: Setiap kali telefon berdering di bengkel motosikal mereka di Subang Jaya, Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying berdoa ia merupakan seseorang yang mempunyai berita baik mengenai anak lelaki mereka yang berusia enam tahun, William Yau Zhen Zhong, yang hilang sejak Rabu lalu.

Goh yang menangis teresak-esak, suaminya yang berusia 32 tahun pun sendiri sebak berkata: “Saya harap dapat kembalikan waktu sebelum ini. Saya tanggung semua kesilapan.”

Dia mengimbas kembali mengenai hari tersebut yang bermula dengan kegembiraan dan bertukar satu mimpi ngeri.

Mereka sekeluarga seramai lima orang menikmati makan malam di Puchong untuk meraikan anak sulung mereka, Eric yang berusia tujuh tahun kerana dipilih sebagai ketua kelas.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Yau dan Goh berhenti di kedai elektrik di Putera Heights di sini untuk meninjau beberapa mesin basuh.

Mereka menguncikan anak-anak mereka, termasuk Cindy yang berusia setahun, di dalam kereta, sambil membiarkan tingkap kereta terbuka.

Apabila mereka kembali semula kira-kira 15 minit kemundian, William tidak kelihatan.

Menurut Eric, William telah pergi mencari ibu bapa mereka kerana Cindy mula menangis tanpa henti.

Ibu berusia 26 tahun itu berkata, dia kebiasaannya tidak pernah meninggalkan anak-anak mereka bersendirian di dalam kereta.

“Ia hanya sekali kerana kami tahu kami akan cepat.”

Goh berkata, dia bergegas kembali masuk ke dalam kedai untuk mencari William dan menjerit namanya tetapi anaknya tidak ada di sana.

Selepas membuat laporan polis, dia dan keluarganya, bersama jiran-jiran dan rakan-rakan, telah keluar mencari William di kawasan sekitar, malah di longkang-longkang dan tempat pembuangan sampah.

“Sudah tiga hari sejak anak lelaki saya hilang. Saya tidak dapat tidur sejak hari itu. Saya menunggu panggilan, berdoa supaya seseorang menelefon saya dengan berita gembira,” kata Goh.

Berita mengenai William tersebut di Internet selepas Goh menyiarkan gambar anak lelakinya di Facebook pada malam Rabu.

Yau, yang kelihatan penat dan tertetekan, berkata bahawa pasangan itu menerima mesej berbaur marah, mengkritik mereka kerana meninggalkan anak-anak mereka bersendirian di dalam kereta.

Dia merayu kepada sesiapa yang mempunyai di mana William berada untuk menghubungi mereka serta-merta.

“Jika anda mempunyai anak lelaki saya, tolong kembalikan dia kepada kami. Kami bersedia untuk berunding, kami hanya mahu anak lelaki kami semula,” katanya.

William memakai kemeja-T warna kuning ketika dia hilang dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya, kesan akibat terjatuh.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta untuk menghubungi 03-5631 9800 atau 012-2197133.

Pasangan itu akan bertemu dengan Ketua Biro Khidmat Masyarakat dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada Ahad untuk mendapatkan bantuannya.

Artikel Lain