Pengedar Dadah Cuba Merasuah RM50,000 Elak Ditahan Polis - Semasa | mStar

Pengedar Dadah Cuba Merasuah RM50,000 Elak Ditahan Polis

IPOH: Bagi mengelak dirinya ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pengedaran dadah jenis heroin seberat 2.29 kilogram, seorang lelaki cuba merasuah RM50,000 kepada anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata suspek berumur 24 tahun itu bertindak demikian selepas polis menahannya di hadapan restoran makanan segera di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, pada 9 Jan kira-kira pukul 3 petang.

"Suspek merayu supaya dilepaskan dan sanggup bayar RM50,000. Dia (suspek) memberitahu dia baru berkahwin dan ingin membayar RM15,000 sebagai pendahuluan. "Apabila polis memberitahu tindakannya (suspek) adalah rasuah, dia (suspek) memberitahu tindakan itu bukan rasuah tapi hanya minta tolong," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Paramasivam berkata suspek yang mempunyai satu rekod lampau melibatkan kesalahan memiliki dadah kemudian ditahan atas dakwaan mengedar dadah dan cuba merasuah penjawat awam.

Dalam kejadian itu, polis merampas satu beg silang mengandungi ketulan dadah dalam kereta suspek, yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 17 Januari ini.

Beliau berkata dengan tertangkapnya suspek itu polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah jenis heroin yang bergerak aktif di bandaraya Ipoh khususnya di kawasan perumahan Waller Court.

Polis sedang memburu sembilan lagi individu yang terlibat dalam sindiket itu.

Tiga jam kemudian, polis menahan seorang lelaki berumur 21 tahun di hadapan tokong Cina di jalan lama Tapah-Bidor dekat sini dan semasa ditahan suspek mencampakkan satu bungkusan dadah seberat 19 gram dianggarkan bernilai RM50,000.

Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah hotel berhampiran kawasan itu dan merampas satu beg sandang dan satu beg hitam mengandungi sejumlah dadah seberat 240 gram dan peralatan seperti penimbang dan peket-peket kosong untuk tujuan pembungkusan dadah, katanya.

Siasatan awal mendapati, suspek datang ke Tapah bagi tujuan pengedaran dadah dan menjadikan hotel tersebut hanya sebagai tempat pembungkusan dadah kerana rumahnya terletak tidak jauh dari hotel itu, katanya.

Paramasivam berkata suspek tiada rekod jenayah lampau dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Januari ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain