Penutupan Sementara Lorong Di Jalan Sultan Ismail Bermula Jumaat Ini - Semasa | mStar

Penutupan Sementara Lorong Di Jalan Sultan Ismail Bermula Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Sebahagian lorong di Jalan Sultan Ismail selepas persimpangan Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Raja Chulan akan ditutup sementara pada sebelah malam, bermula Jumaat ini hingga 22 Januari.

MRT Corp dalam kenyataan di sini pada Selasa, berkata penutupan itu meliputi jarak 10 meter pada satu-satu masa dan akan dilaksana secara berperingkat dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda dan arahan lalu lintas yang akan diletak di sepanjang kawasan terbabit.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang MRT di www.kvmrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my atau laman Twitter. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain