suria

Polis Temui Petunjuk Penculikan Pengurus Ladang Kelapa Sawit

KOTA KINABALU: Polis menemui beberapa petunjuk berhubung penculikan seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya di Lahad Datu bulan lepas. "Pihak kami mendapat petunjuk positif berkaitan penculikan itu minggu lalu di mana kita dapat berkomunikasi dengan pihak berkenaan di Filipina.

"Namun siasatan masih dijalankan kerana banyak perkara lagi perlu dilakukan yang perlu mengambil sedikit masa, baru kita boleh bertindak," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di sini, Sabtu.

Lima lelaki bersenjata api dilapor menculik kedua-dua mangsa dari ladang yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai iaitu bersebelahan Felda Sahabat 15, kira-kira 50 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Bernama sebelum ini memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebagai berkata polis masih mempertingkat kerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran itu bagi menyelamat mangsa. -BERNAMA

Artikel Lain