suria

Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan NC Baru UPM

Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan
Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan
Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan

KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan telah dipilih sebagai naib canselor yang baru berkuatkuasa 1 Januari.

Beliau akan mengantikan Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, 52, yang telah meletakkan jawatannya Isnin lalu atas faktor kesihatan.

Dr Radin dilantik sebagai naib canselor UPM pada 1 Januari 2011 bagi tempoh tiga tahun.

Perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2013 tetapi mengambil keputusan untuk memendekkannya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya sejak setahun yang lalu.

Dr Radin sebelum ini adalah ketua pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan juga ketua pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom.

Sementara itu, mStar Online difahamkan majlis penyerahan tugas kepada Prof Dr Mohd Fauzi, 52, akan berlangsung pada jam 3 petang Jumaat di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran UPM.

Prof Dr Mohd Fauzi dilantik sebagai timbalan naib canselor UPM pada 16 Mei 2010.

Selain menguruskan hal ehwal pelajar, beliau juga turut bertanggungjawab ke atas Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Pusat Alumni, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan kolej-kolej kediaman.

Sebelum dilantik sebagai timbalan naib canselor UPM, beliau adalah pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi.

Dr Mohd Fauzi adalah seorang berkelulusan doktor falsafah dari University of York, United Kingdom.

Artikel Lain