Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Cuba Curi Kabel TNB - Semasa | mStar

Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Cuba Curi Kabel TNB

BESUT: Seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawangan Kubang Ikan Besut dekat Kampung Gong Bayor di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa yang percayai penagih dadah dari Kampung Tempinis dekat sini, ditemui mati dengan kedua-dua belah tangannya melecur di kawasan pencawangan oleh penduduk sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata mangsa telah memanjat tiang dan cuba memotong kabel yang diperbuat daripada tembaga di tiang pencawangan di situ apabila terkena renjatan elektrik.

Katanya mangsa datang ke tempat kejadian bersama seorang rakannya.

"Mangsa mungkin terkena renjatan elektrik dari alat transformer di tiang berkenaan menyebabkan mangsa jatuh ke tanah dan meninggal dunia", katanya di sini Khamis.

Selepas melihat kejadian itu, katanya, rakan mangsa melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Kamaruddin berkata polis menemui sebuah alat pemotong wayar dan segulung wayar tembaga di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Pengurus Cawangan TNB Besut, Ahmad Fauzi Othman ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah menerima panggilan aduan gangguan bekalan elektrik daripada penduduk Kampung Gong Bayor pada jam 10.30 malam.

Katanya pihakya juga dimaklumkan berlaku satu letupan kecil akibat wayar bumi di pencawangan itu telah dipotong.

"Gangguan bekalan elektrik itu disebabkan kegiatan mencuri kabel tembaga dan kejadian itu merupakan kali tiga pada tahun ini," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL