suria

Lanjutan Setahun Untuk Pas Sempadan Thai-Malaysia

BANGKOK: Kerajaan Thailand bersetuju memanjangkan tempoh sah pas sempadan Thai-Malaysia ke setahun daripada enam bulan.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Pakdiharn Himathongkam berkata mesyuarat Kabinet pada Selasa juga bersetuju memanjangkan tempoh tinggal kepada 30 hari dari tujuh hari sebelum ini.

Pas sempadan akan meliputi semua lima wilayah di selatan Thai iaitu Songkhla, Satul, Yala, Narathiwat dan Pattani serta empat negeri di utara Semenanjung iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak (hanya Hulu Perak).

Sebelum ini jarak perjalanan dihadkan kepada 25 kilometer dari sempadan masing-masing.

Pas sempadan biasanya dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sempadan kedua-dua negara dan mereka dibenarkan untuk menyeberang tanpa memerlukan pasport.

Namun Pakdiharn tidak menyatakan bila peraturan baru itu berkuat kuasa kerana Perjanjian Menyeberang Sempadan Thai-Malaysia belum lagi ditandatangani. - BERNAMA

Artikel Lain