suria

Syarikat Perunding Perkahwinan Kerugian RM500,000 Ditipu Pekerja

Sebuah syarikat perunding perkahwinan dan pengurusan acara terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 apabila seorang pekerjanya mengambil tempahan dan melarikan wang deposit pelanggan tanpa pengetahuan syarikat itu sejak dua minggu lepas. Pengarah Urusan Creative Event Management And Canopy, P. Sangar menunjukkan salinan laporan polis, cop palsu dan buku bil palsu yang dipercayai digunakan oleh pekerja syarikat berkenaan untuk menipu pelanggan syarikatnya. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Sebuah syarikat perunding perkahwinan dan pengurusan acara di sini terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 apabila seorang pekerjanya mengambil tempahan dan melarikan wang deposit pelanggan tanpa pengetahuan syarikat itu sejak dua minggu lepas.

Pengarah Urusan Creative Event Managment and Canopy, P.Sangar berkata dalam tempoh itu, sebanyak 15 pelanggan telah menuntut tempahan pakej dan mereka mendakwa telah membayar wang deposit antara RM2,000 dan RM5,000.

"Sepanjang minggu lepas kami terpaksa menguruskan empat majlis (walaupun kehilangan deposit) dalam selang sehari hingga tiga hari," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau membuat laporan polis mengenai kes penipuan pekerjanya di Balai Polis Butterworth Isnin.

Sangar berkata lelaki itu telah seminggu tidak datang bekerja.

"Kami juga menemui buku resit, cop rasmi syarikat, slaid gambar pakej majlis perkahwinan dan beberapa bukti lain tersimpan dalam pemacu USB lelaki itu yang ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta milik syarikat," katanya.

Beliau meminta kesemua pelanggan yang pernah berurusan dengan lelaki itu datang terus ke syarikatnya secepat mungkin dengan mengemukakan resit asal bayaran dan beliau akan sedaya upaya memenuhi kesemua tempahan mereka.

Para pelanggan boleh menghubungi beliau menerusi talian 019 4479287 atau 04-3330800 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain