suria

Polis Tahan Lelaki Cuba Edar Syabu RM1.2 Juta Menerusi Kurier

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) di bantu Pegawai Turus Risikan, Operasi dan Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Johor DSP Hamazah Ab. Razak (kanan) dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad (tengah) menunjukkan kabel elektrik yang digunakan untuk menyimpan dadah dipercayai jenis Syabu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Baharu di sini, Jumaat.-Foto BERNAMA.

JOHOR BAHARU: Polis membanteras cubaan mengedar dadah disyaki syabu bernilai RM1.2 juta menerusi khidmat kurier selepas menahan seorang lelaki anggota sebuah sindiket di Jalan Kluang, dekat Batu Pahat, dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan pasukan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat ketika hendak melakukan urusan kurier dadah itu, kira-kira pukul 4.30 petang.

"Serbuk dadah itu dimasukkan ke dalam kabel elektrik berukuran 19.8 meter sebelum dibungkus di dalam kotak bagi mengelirukan pihak berkuasa. Dadah itu dianggarkan seberat 3.77 kilogram," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Jumaat.

Mohd Mokhtar berkata lelaki itu dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti pengedaran dadah antarabangsa dan dadah itu boleh dibekalkan kepada 18,850 orang penagih sekiranya terlepas kepada sindiket berkenaan.

Beliau berkata lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah itu kini direman sehingga Rabu dan polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi miliknya.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis menumpaskan kegiatan sindiket curi kenderaan mewah dengan menahan seorang lelaki dan wanita dalam serbuan di Majidee, di sini, Sabtu dan Ahad lepas.

Dalam serbuan itu polis menemui sebuah kereta Toyota Hilux yang dilaporkan hilang di Taman Century, di sini dan sebuah kereta Volkswagen Golf yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

"Polis turut merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama dan pelbagai peralatan curi kenderaan. Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan kedua-dua mereka kini direman untuk siasatan lanjut," katanya.

Polis turut meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan dua lelaki yang boleh membantu sisatan kes ini Lim Boey Leeng atau Ah Leeng, (kad pengenalan 790317-08-5719), beralamat di nombor 24, Jalan USJ 2/3B, Subang Jaya, Selangor dan Cheng Wei Shen atau Simon (830205-14-5485), Nombor 14, Kampung Kuala Garing Selatan, Rawang, Selangor.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Risik/Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan ASP Wong Chee Men di talian 012-3971315. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain