suria

Janin Lelaki Ditemui Tertanam Di Kawasan Paya di Subang

KUALA LUMPUR: Janin lelaki sebesar tapak tangan ditemui tertanam di sebuah kawasan paya di Taman Mas, Subang, dekat sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata janin tersebut ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.45 petang dan dia kemudian memberitahu polis peronda. "Ketika itu hujan lebat. Anggota peronda mendapati janin dibalut dengan tuala "good morning" berwarna putih," katanya menerusi SMS kepada Bernama.

Yahaya berkata siasatan awal mendapati janin tersebut berumur antara empat hingga lima bulan.

Polis kini sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menanam janin tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain