Iskandar Berjalan Lancar, Kata Pengerusi WIEF Musa Hitam - Semasa | mStar

Iskandar Berjalan Lancar, Kata Pengerusi WIEF Musa Hitam

JOHOR BAHRU: Johor mengalami transformasi ekonomi utama sejak pelancaran Iskandar Malaysia pada tahun 2006, kata Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam, sambil menambah bahawa koridor pertumbuhan ekonomi pertama Malaysia itu berjalan lancar dan bergerak dalam arah yang betul.

Beliau berkata, Iskandar Malaysia menawarkan peluang yang baik untuk pelabur domestik dan asing dalam banyak sektor seperti pendidikan, pelancongan, sukan, kesihatan, infrastruktur dan pembangunan hartanah.

"Prospek yang baik di Iskandar dan ini dapat dilihat daripada kebanjiran pelabur domestik dan asing ke ekonomi serantau," kata Musa.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada pembukaan WIEF ke-8 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor pada Selasa.

Menurut Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Iskandar dari 2006 sehingga September 30 2012 telah menerima pelaburan komited kumulatif RM99.79 bilion dalam pelbagai sektor, dengan RM42 bilion atau 43% nyata.

Daripada jumlah tersebut, 63% adalah daripada pelabur tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain