suria

PRU13: Wanita Umno Minta Kuota Tambahan Calon Wanita - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Wanita Umno meminta pucuk pimpinan parti memberi kuota tambahan kepada calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau yakin kerana sayap parti itu mempunyai ramai calon yang boleh menang seperti yang dimahukan oleh Umno.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan memberikan pertimbangan bagi memastikan pasangan suami isteri ditugaskan berdekatan antara satu sama lain. Shahrizat berkata langkah tersebut penting dalam pengukuhan institusi keluarga.

“Wanita Umno mahu supaya permohonan suami isteri untuk ditugaskan berdekatan dapat dilayan dalam tempoh masa paling lama setahun dari tarikh permohonan.

“Saya yakin prestasi dan produktiviti kerja pastinya dapat ditingkatkan lagi sekiranya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya menyampaikan ucapan dasar sayap Wanita Umno bertemakan ‘Anjakan untuk Melonjakkan Kemenangan’ pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Menurutnya, isu tersebut harus perlu diberi perhatian serius kerana peranan kakitangan awam yang setia bersama kerajaan.

“Saya yakin prestasi dan produktiviti kerja mereka pastinya dapat ditingkatkan lagi sekiranya masalah ini dapat diselesaikan.

“Wanita Umno juga mahu kakitangan awam diberikan kenaikan gaji tahunan, seiring dengan kenaikan kos hidup dan sumbangan mereka kepada negara,” katanya.

Artikel Lain