suria

Pindaan Peraturan Mesyuarat: MP Dilarang Mengeluarkan Kenyataan Seksis Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dilarang membuat kenyataan seksis selepas satu cadangan untuk meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara 36(4) dalam Peraturan Mesyuarat sebelum ini menyebut larangan itu dikuatkuasakan ke atas perbuatan mengeluarkan kenyataan biadap atau tidak sopan.

Cadangan pindaan baru ke atas fasal berkenaan kini menyatakan: "Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat kenyataan seksis."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau akan menulis surat kepada setiausaha dewan untuk mengusulkan perkara itu esok.

Ahli Parlimen sengaja ingin mendapatkan perhatian pada masa lalu dengan mengeluarkan kenyataan seksis ketika berlaku pertelingkahan hangat dengan wakil rakyat ketika sidang dewan.

Walaupun mereka ditegur oleh Speaker dan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana tiada syarat dalam Peraturan Mesyuarat yang menghalang mereka daripada melakukan sedemikian.

Satu daripada kenyataan seksis paling kontroversi dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Mei 1997 apabila dia memanggil Ahli Parlimen Fong Po Kuan dengan perkataan 'bocor' yang merujuk kepada kitaran haid wanita berkenaan ketika siling Parlimen yang turut bocor pada masa itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain