KPKK Sedia Siasat Penyalahgunaan Khidmat SMS - Semasa | mStar

KPKK Sedia Siasat Penyalahgunaan Khidmat SMS

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedia mengambil tindakan sewajarnya jika mendapati ada unsur penyalahgunaan perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata setakat ini, maklumat yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) adalah secara rambang untuk berkongsi informasi penting seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan ramalan cuaca.

"Kementerian tidak memikirkan bahawa perbuatan itu menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 oleh kerana ia bukan ditujukan kepada seseorang sahaja, tapi secara siaraya dan tidak memilih siapa yang menerimanya.

"Ia sebagai memberi maklumat tentang perayaan itu (Hari Kemerdekaan) dan tidak dihantar menuju kepada sesiapa, dan ini adalah untuk semua yang ada dan tidak kira orang parti Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang, ini adalah secara rambang sahaja," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) bahawa pemberi perkhidmatan menyalah guna perkhidmatan SMS yang dikatakan menyalahi privasi pelanggan.

Sementara itu, mengulas peranan Bernama TV sebagai saluran penyampaian maklumat, Salang berkata stesen televisyen itu akan dimiliki sepenuhnya oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) tahun depan.

"Selepas penstrukturan semula Bernama TV, maka peruntukan baru akan dipohon tahun depan.

"Dan semua programnya boleh disusun atur oleh pihak Bernama dengan kerjasama kementerian," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan memastikan dapat melahir bakat seni yang setanding Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerusi program 'Kerusi P.Ramlee'.

"Saya tidak berjanji Aswara akan dapat menggantikan Allahyarham, namun cita-cita kita adalah untuk melahirkan bakat yang mungkin berkelainan tapi setinggi bakat P.Ramlee yang membanggakan kita," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain