suria

Prestasi Keputusan UPSR Sedikit Merosot

PUTRAJAYA: Prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini sedikit merosot berbanding tahun lepas.

Daripada 503,928 calon-calon yang menduduki peperiksaan, 45,054 calon mendapat keputusan semua A, yang mana ia merupakan penurunan sebanyak 0.54 peratus daripada tahun lepas.

Manakala 17,251 calon atau 3.42 peratus mencatat keputusan di bawah pencapaian minimum (mendapat gred D, E, atau gabungan kedua-duanya) berbanding 2.88 peratus tahun lepas.

Walau bagaimanapun, Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata lebih ramai pelajar mendapat keputusan yang baik atau keputusan secara purata yang baik.

"Peratusan calon mendapat keputusan yang baik dengan minimum Gred C, tidak termasuk calon dengan keputusan semua gred A , meningkat sebanyak 1.49 peratus daripada 55.45 peratus pada tahun 2011 kepada 56.94 peratus (286,930 calon) pada 2012," katanya ketika mengumumkan keputusan di sini Isnin.

Artikel Lain